Kolaborasi MLBB x SpongeBob Squarepants akan hadir tak lama lagi?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Nampaknya Bikino Bottom bakal hadir ke Land of Dawn tidak lama lagi.

Khabar angin dan leaks mengatakan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan SpongeBob Squarepants akan berkolaborasi.

Ia sebenarnya menjadi salah satu pilihan dalam soalan tinjauan yang dibuat oleh MONTON Games pada Januari lepas.

Beberapa aset sudah pun tertiris berkaitan dengan kolaborasi ini.

Abyssal MLBB sudah dikenali sebagai salah satu leaker berkongsi leak yang betul. Beberapa leaker yang lain juga mengesahkan perkara sama mengenai kolaborasi ini.

Skin yang berkemungkinan bersesuaian dengan watak dalam animasi SpongeBob Squarepants adalah Cyclops sebagai SpongeBob, Patrik sebagai Gloo, dan Bane sebagai Mr. Krabs.

Setakat ini Sandy masih belum ada hero yang diumumkan dan Squidward hanya akan hadir sebagai emote.

Semua informasi ini hanyalah leak semata-mata dan berkemungkinan besar akan bertukar dalam masa akan datang sehingga diumumkan secara rasmi oleh MOONTON Games.

RELATED NEWS

+