Stellar Blade berkolaborasi dengan Nikke – termasuk pelancaran di PC

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Antara permainan video PS5 paling popular tahun lepas Stellar Blade akhirnya akan dilancarkan di PC pada Jun ini.

Pelancaran ini juga akan memperkenalkan kolaborasi Stellar Blade dengan Goddess of Victory: Nikke.

Pengumuman ini dibuat semalam ketika PlayStation State of Play yang memperkenalkan kandungan Nikke termasuk satu area baharu.

Dalam trailer kolaborasi ini anda dapat melihat Eve dengan skin Rapi dan juga beberapa skin karakter lain dari Nikke seperti Scarlet, Anis, dan Dorothy.

Shift Up masih belum memberikan apa-apa maklumat lanjut mengenai DLC ini.

Versi PC Stellar Blade akan dilancarkan pada Jun 2025 tetapi harga versi PC masih belum diumumkan oleh Shift Up.

RELATED NEWS

+