Highguard kini mempunyai lebih 12,000 review negatif di Steam

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Highguard baru sahaja dilancarkan di PS5, Xbox dan Pc tetapi hero shooter ini telah dilanda banyak isu.

Antara isu yang diketengahkan ramai pemain ialah map yang terlalu besar untuk 3 lawan 3 sehingga membuatkan dunia ini berasa sangat kosong.

Highguard dipromosikan sebagai permainan yang laju dan pantas tetapi kekosongan ini menyebabkan semuanya berasa perlahan.

Masalah prestasi juga menjadi masalah utama untuk ramai orang apabila FPS secara tiba-tiba jatuh terlalu rendah dan menyebabkan lag.

Lebih 12,000 review negatif di Steam

Foto: Steam

Review ini juga termasuk beberapa orang yang sengaja memberikan review teruk tetapi majoritinya mengatakan permainan ini terlalu biasa, karakter tidak menarik dan permainan terlalu perlahan.

Format sepatutnya 6 lawan 6 menurut salah satu komen review di Steam. Ketika fasa looting, map yang terlalu besar untuk 3 lawan 3 dan membuatkan awal perlawanan sangat membosankan.

Perlu diingatkan Highguard baru sahaja dilancarkan dan banyak lagi penambahan dan pembaikan baru yang akan dibuat oleh pembangun mereka Wildlight Entertainment Inc.

Highguard juga telah mengongsikan pelan akan datang untuk Episod 2.

RELATED NEWS

+