Capcom telah mengumumkan tahun kedua untuk DLC karakter baharu bagi Street Fighter 6.
Empat karakter baharu diperkenalkan untuk DLC Street Fighter 6 iaitu M. Bison, Elena dan dua karakter Fatal Fury iaitu Terry dan Mai.
Terry dan Mai adalah karakter luar pertama yang memasuki permainan Street Fighter utama.

M.Bison adalah seorang karakter jahat yang merupakan ketua sindiket Psycho-Powered Shadaloo yang mahu menakluk seluruh dunia.

Elena pula adalah karakter yang datang semula setelah membuat kemunculan terakhir di Street Fighter IV.

Terry Bogard adalah seorang pejuang yang hanya mahu berlawan untuk mencari makna sebenar kekuatan.

Mai Shiranui pula seorang ninja Kunoichi yang sangat berbahaya dengan teknik Shiranui-ryuu.
M.Bison akan dilancarkan pada musim panas ini, Terry pada musim luruh, Mai pada musim sejuk 2025 dan Elena pada musim bunga 2025 nanti.

setahun yang lepas