DLC Stellar Blade x Goddess of Victory: NIKKE akan hadir 11 Jun ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sony kini mengemaskini Stellar Blade DLC di PlayStation dan sudah semestinya untuk Stellar Blade di Steam juga.

Foto: Shift Up

 Satu video trailer baharu dikeluarkan harini menunjukkan kolaborasi yang sangat ditunggu-tunggu oleh kedua-dua peminat francais ini.

Lebih mengejutkan peminat Scarlet salah satu Nikke Pilgrim akan menjadi boss khas untuk DLC baru ini.

Foto: Shift Up

Nikke adalah cyborg yang mempunyai otak manusia dimana otak mereka diletakkan didalam cangkerang robot yang dibina menyerupai manusia.

Anda boleh mendapatkan skin Scarlet, gaya rambut dan muzik selepas mengalahkannya.

Beberapa karakter Nikke akan menjadi pekerja di shop seperti Liter dan anjing robotnya Volt.

DLC ini juga menambah satu mod baharu yang sama seperti permainan Nikke.

Foto: Shift Up

Terdapat juga beberapa skin lain yang boleh diperoleh iaitu skin Rapi, Anis dan Dorothy.

Kolaborasi dan DLC ini akan bermula pada 11 Jun ini.

Stellar Blade boleh dibeli di Steam dan Epic Game Store mulai 12 Jun ini dengan harga RM249 Standard Edition dan RM339 untuk Complete Edition.

RELATED NEWS

+