Kolaborasi Monster Hunter Wilds x Street Fighter 6 akan datang 28 Mei ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Capcom telah mengumumkan kolaborasi khas Monster Hunter Wilds dengan Street Fighter 6.

Akuma akan datang ke dunia Monster Hunter dalam quest untuk menjadi master of the fist lebih hebat.

Dalam kolaborasi ini akan terdapat satu side mission digelar Ultimate Strength dimana anda menggunakan Akuma.

Terdapat juga dua Arena Quest iaitu Demonic Strength dan True Strength untuk mendapatkan ganjaran unik untuk kolaborasi ini.

Foto: CAPCOM

Side Mission Ultimate Strength hanya boleh dibuat oleh Hunter di HR 21 atau lebih tinggi. Anda perlu bercakap dengan Quinn, handler Vespae Unit di Oilwell Basin Camp.

Ganjaran:

  • Set Armor Akuma dan layered equipment
  • set armor dan layered equipment “Blanka-Chan” Palico
  • Latarbelakang, nameplate, dan pose Hunter Profile

Ketika menggunakan Akuma anda juga boleh menggunakan kombo, Gou Hadoken dan Gou Shoryuken.

Akan terdapat juga beberapa DLC yang boleh dibeli iaitu:

Foto: CAPCOM

  • Alma Outfits
    • Chun-Li Outfit – SF6
    • Cammy Outfit – SF6
  • Pendant
    • Blanka-Chan Doll
  • Stickers
    • Street Fighter 6 Set
  • Gestures
    • Hadoken
    • Shoryuken
    • Tatsumaki Senpu-kyaku

DLC ini akan datang ke Monter Hunter Wilds pada 28 Mei ini di kesemua pelantar yang mempunyai MHWilds.

RELATED NEWS

+