Team Malaysia layak ke Chengdu, China untuk Kejohanan E-Sukan IESF peringkat Asia

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pasukan Counter Strike (CS2) Malaysia mencipta fenomena tersendiri selepas melayakkan diri ke Chengdu, China untuk Kejohanan E-Sukan IESF peringkat Asia pada September ini.

Mereka berjaya layak dengan rekod tanpa kalah di pusingan kelayakan Asia Tenggara bertembung tiga negara, Thailand, Brunei dan Vietnam. Yang menariknya ramai antara ahli pasukan ini mempunyai pengalaman bermain di luar negara.

Mereka diwakili oleh:

– Muhammad Zaimie Mohd Zaini (Chauu)
– Fakhrusy Syakiryn Anuar (Syiee_)
– Muhammad Zamarul Ikhmal Roslan (Graciousssss)
– Muhammad Ridzuan Hazi Hasnul Hazi (3nable)
– Muhammad Nadzmi Mohamed Sofian (bobblezax)
– Muhammad Amirul Mohd Zulkiflee (dylomax)
– Mohamad Izmie Zharif Abas (Flaxciz) – Pengurus/Jurulatih

Pengurus merangkap jurulatih pasukan, Izmie berkata, semua pemain bermain secara sepenuh masa dan kini bermain di kem latihan.

“Kesemua pemain berkumpul di bawah pasukan Malaysia untuk menunjukkan kemampuan negara kita bersaing di peringkat lebih tinggi.

“Mereka juga bermain di kem latihan (bootcamp), ada kelengkapan sepenuhnya. Namun, kami juga sedang mencari penaja,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Skuad Malaysia ini juga berjaya melakukan ‘upset’ kepada Vietnam yang sudah pun memenangi kelayakan itu selama empat tahun.

“Mereka memang kuat dan tak pernah kalah (di kelayakan).

“Alhamdulillah, kami berjaya ‘mematahkan’ lose streak mereka selama empat tahun,” tambahnya.

Izmie berkata, persediaan pasukan seterusnya adalah memastikan pemain-pemain beradaptasi dengan gameplay yang lebih laju dan high pace. Katanya, saingan pasukan di China banyak mengutamakan  gaya permainan sebegini.

Selain itu, dia berharap perjalanan pasukan Malaysia dalam Counter Strike 2 ini mampu membuka mata terutamanya komuniti untuk kembali aktif dan ramai seperti dulu. 

“Counter Strike ‘hidup’ bila ada pasukan bermain di peringkat nasional. 

“Sekarang ini kiranya ada sesuatu yang boleh dinantikan oleh ahli komuniti,” katanya.

Kejohanan E-Sukan IESF akan berlangsung pada 6 September hingga 14 September ini dan lima pasukan teratas akan ke Riyadh, Saudi pada November untuk acara utama iaitu IESF World Esports Championship 2024. Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai terkumpul AS$240,000 (RM1.13 juta).

RELATED NEWS

+