Pengguna Steam habiskan RM2.22 juta untuk rekod level akaun Steam paling tinggi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu rekod baharu di Steam berjaya dilakar.

Seorang pengguna Steam menghabiskan lebih kurang AS$500 ribu (RM2.22 juta) untuk memecah rekod level akaun Steam paling tinggi iaitu 5,960.

https://www.dexerto.com/cdn-image/wp-content/uploads/2024/08/15/stasik-steam-account.jpg?width=1200&quality=75&format=auto

Akaun Steam level boleh dinaikkan dengan bermain game dan mengumpul badges.

Badges juga boleh dibeli di market untuk menaikkan level Steam.

Bagi pemain yang mahu menunjuk level tinggi Steam mereka harus mengeluarkan duit yang banyak di Steam marketplace. Beberapa pemain paling kaya juga bersaing untuk menjadi level paling tinggi.

Selama ini seorang pengumpul skin CS ST4CK adalah pengguna Steam dengan level paling tinggi iaitu level 5,000 dan dia mengatakan pencapaian ini memerlukan lebih AS$500 ribu (RM2.22 juta) untuk dicapai.

Kini dia tidak lagi pemain yang paling tinggi Steam level kerana rekodnya sudah dipecahkan dengan hampir lebih 1,000 level perbezaan.

Kejadian ini menarik perhatian streamer CS2 ohnePixel dan dia juga terkejut kerana jumlah wang yang diperlukan tersangat-sangat banyak.

Pemilik akaun level paling tinggi sekarang adalah Stasik yang mencapai level  5,960 dan memerlukan anda mengeluarkan AS$500 ribu (RM2.22 juta) tambahan.

Akaun Stasik juga mempunyai inventori yang bernilai AS$300 ribu (RM 1.3 juta) menjadikan nilai akaun miliknya adalah hampir AS$1 juta.

Stasik kini adalah pemilik high tier skin CS2 yang sangat-sangat banyak termasuk beberapa AWP Dragon Lore dan M4A4 Howls yang beharga ribuan Ringgit.

Level itu terlalu tinggi sehingga Steam tidak mempunyai badge custom untuknya.

Begitu kaya Stasik sehingga mempunyai wang lebihan hanya untuk naikkan level Steam.

RELATED NEWS

+