Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Tyson “TenZ” Ngo, salah seorang pemain profesional ikonik VALORANT mengumumkan dia akan pencen dari dunia kompetitif permainan video itu.
Pengumuman ini dibuat semalam oleh TenZ di laman X.
Forever the face of Valorant@TenZOfficial announces his retirement from competitive play pic.twitter.com/1zjfWUaoL0
— Sentinels (@Sentinels) September 14, 2024
TenZ memberitahu dia sebenarnya sudah membuat keputusan ini sejak awal tahun lagi.
Fokus baharu untuk TenZ adalah meneruskan penciptaan kandungan (content creation) untuk peminat-peminatnya.
Pemain ini memulakan karier e-sukannya dengan Counter-Strike pada tahun 2017 dan berpindah ke VALORANT pada 2020 dan terus menjadi antara pemain paling popular.

Foto: Riot Games
“Saya bersyukur kami berjaya memenangi beberapa pertandingan sebelum saya pergi,” ujar TenZ.
Dia juga memberitahu rakan pasukannya sebelum ke VALORANT Champions 2024 yang dia akan berpencen dan ini tahun terakhir dia bermain kompetitif.
TenZ mengatakan terlalu banyak masa dan tenaga yang diperlukan sehingga dia tidak dapat meneruskan impian untuk menjadi pencipta kandungan sepenuh masa.
Setakat ini, Sentinels masih belum memberitahu apa-apa pengumuman mengenai pemain yang bakal menggantikannya.

setahun yang lepas