Riot Games baru-baru ini telah mengumumkan Linkin Park bakal menyanyikan lagu tema buat League of Legends World Championship yang bertajuk Heavy Is The Crown yang akan dilancarkan esok!
Lagu sebelum ini telah dinyanyikan oleh New Jeans yang bertajuk GODS.
Setiap tahun League of Legends akan membawa artis-artis besar untuk menyanyikan lagu tema buat pertandingan berprestij.
Linkin Park setakat ini adalah antara band terbesar yang akan menyanyi buat League of Legends dan lagu baru ini bakal menjadi lagu seterusnya selepas Emptiness Machine.
Vokals baharu Emily Armstrong bakal menjadikan Linkin Park baharu buat band ini.
Dua belas pasukan bakal berentap untuk League of Legends Worlds kali ini dan akan dibuat di O2 Arena London.
Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas