Seorang pemain League of Legends baru-baru ini membuat satu kenyataan dia mencari pendapatan dengan membuat akaun joki dan menjual akaun itu kepada pemain League of Legends lain.
Perkara ini membuatkan ramai orang marah dan membuat laporan kepada Riot Games.
Sudah semestinya berita ini sampai kepada salah seorang pembangun League of Legends iaitu Drew Levin Pengarah Produk Riot Games.

Foto: Riot Games
Pada 11 Ogos lepas, Riot Games membuat pengumuman untuk mengekang masalah smurf dan penyalahgunaan akaun kedua dalam League of Legends. Antara pelan itu adalah mengharamkan dan menghukum pemain yang menggunakan akaun pemain lain untuk menaikkan rank dan meminta pembayaran untuk ‘servis’ ini.
Semalam, seorang pemain League of Legends bernama SLS menerangkan; membantu pemain lain untuk menaikkan rank mereka adalah cara dia mendapat duit lebih. Pemain itu juga ada membuat sesi bimbingan dan latihan tetapi itu hanya 15% dari keseluruhan pendapatan yang diterima.
Joki baginya memberi lebih banyak duit daripada sesi bimbingan. Namun, ayat terakhir pemain itu “Apa yang perlu saya buat selepas ini? Bersantai di McDonald’s?” seolah-olah mengambil ringan masalah smurf dan joki dalam League of Legends.
https://t.co/Ku080U0fB4 https://t.co/7JgyjgOpJF
— Drew Levin (@drewlevin) August 11, 2025
Levin kemudian membuat satu balas dengan memberi pautan kerja kosong di McDonald’s.
“Kau perlu faham perniagaan ini dibina atas asas merosakkan permainan orang lain kan?” tambah Levin.
SLS mengatakan “industri boosting” tidak akan merosakkan permainan seperti League of Legends. Levin kemudian mengatakan SLS dibayar untuk menipu sistem kebolehan pemain dan dirinya sendiri adalah pelopor yang dalam usaha untuk menaikkan integriti League of Legends.
Walaupun terdapat ramai pemain yang menggunakan joki dan smurfing, pengalaman ini tidak akan menjadi pengalaman baik buat pemain laina di rank lebih rendah marah dan hilang motivasi untuk terus bermain.
Perlu juga diingatkan pekerjaan dalam industri pemakanan seperti bekerja di McDonald’s adalah pekerjaan yang susah yang memerlukan banyak kesabaran dan tenaga.

setahun yang lepas