The Wandering Village – game bina kampung diatas raksasa gergasi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

The Wandering Village akhirnya telah melancarkan versi 1.0 iaitu versi yang telah siap.

Mereka juga telah mengongsikan satu trailer dengan animasi bergaya dengan inspirasi dari Studio Ghibli.

Di dalam dunia ini, tidak banyak tempat boleh didiami dan selalunya sangat toksik untuk manusia.

Antara tempat paling selamat di dunia ialah di atas raksasa berkaki enam dengan nama Onbu.

Foto: Stray Fawn

Onbu digelar sebagai megasaur berkaki enam yang akan sentiasa berjalan di dalam dunia yang sangat besar.

Setiap keputusan yang anda buat samada untuk menjaga kampung anda atau menjaga Onbu bakal menjadi sangat penting untuk kesihatan warga kampung dan kebaikan bersama.

Foto: Stray Fawn

Di samping itu anda akan menjalinkan satu hubungan simbiotik dengan Onbu sambil membangunkan kampung paling selamat untuk didiami oleh seluruh rakyat anda di atas badan Onbu.

“Tidak sangka sudah lima tahun berlalu sejak kami mula membangunkan permainan ini,” ujar Stray Fawn pembangun The Wandering Village.

Anda perlu membuat baik kepada Onbu untuk memastikan kampung anda menjadi lebih selamat dan dipenuhi pelbagai jenis cucuk tanam dan sumber untuk seluruh warga kampung anda.

The Wandering Village kini boleh dibeli di Steam dengan harga RM46.80.

RELATED NEWS

+