SD Gundam G Generation Eternal – Permainan simulasi strategi mecha di Android dan iOS

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

SD Gundam G Generation Eternal adalah permainan simulasi strategi mecha yang akan dilancarkan di iOS dan Android.

Dalam permainan ini, anda boleh naik taraf Gundam dan membuat pasukan anda sendiri dengan penggunaan sistem yang unik.

Anda boleh memilih dari lebih 500 Mobile Suits dan karakter dari lebih 70 cerita Gundam yang ada.

Dalam SD Gundam G Generation Eternal, sebagai peminat Gundam anda boleh merasai pengalaman cerita asal dari lebih 10 cerita seperti Mobile Suit Gundam, Mobile Suit Gundam Seed, Mobile Suit Gundam 00, Mobile Suit Gundam: Witch from Mercury dan pelbagai lagi.

Penggunaan turn based diperlukan dimana anda akan meletakkan Gundam yang anda guna di dalam posisi yang strategik untuk menang.

SD Gundam G Generation Eternal kini boleh di pra-daftar di Google Play Store dan App Store.

Permainan ini dijangka akan dilancar pada 16 April ini dan setiap pemain juga akan mendapat Gundam GQuuuuuX.

RELATED NEWS

+