Trailer filem aksi nyata Minecraft dikeluarkan! – Ramai berbelah bahagi

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Warner Bros. baru sahaja melancarkan teaser filem aksi nyata Minecraft dengan membawa dua bintang besar Hollywood iaitu Jack Black dan Jason Momoa.

Antara yang dikritik adalah fesyen rambut Jason Momoa dan green screen yang terlalu ketara.

Perkara yang menjadi tanda tanya adalah watak Steve yang menjadi watak penting dalam Minecraft yang dilakonkan oleh Jack Black.

Ramai merasakan aksi nyata ini sepatutnya dibuat dengan cara lain bukannya menunjukkan beberapa manusia termasuk ke dunia Minecraft.

Foto: Warner Bros.

Mungkin filem ini akan berjaya dan mungkin tidak.

Beberapa haiwan dalam Minecraft juga boleh dikatakan menakutkan untuk dilihat bukan comel.

Foto: Warner Bros.

Foto: Warner Bros.

Disebabkan baru-baru ini ramai kecewa dengan aksi nyata Borderlands ramai orang lebih skeptikal dengan adaptasi aksi nyata permainan video popular ini.

RELATED NEWS

+