UNIQLO akan melancarkan koleksi baharu UT OSHI NO KO bermula 5 Julai ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

UNIQLO kini akan melancarkan kolaborasi baharu koleksi UT bersama OSHI NO KO (My Favorite Idol) pada 5 Julai ini.

UNIQLO UT ini menawarkan koleksi pakaian budaya pop tulen dan seni grafik dari seluruh dunia bagi pemakai mengekspreksikan gaya mereka.

Bagi kolaborasi ini, pembeli dapat menggayakan pakaian yang menunjukkan rekaan eksklusif untuk karakter utama dan lain-lain aspek dari musim kedua anime OSHI NO KO yang akan disiarkan bermula esok.

Penceritaannya berkisarkan tentang pakar geneik Gorou yang berubah nasibnya selepas berjumpa dengan Ai dari kumpulan idol-op B-KOMACHI. Ia memenangi banyak anugerah termasuklah Japan Anime Trend Awards 2023 dan 2023 Internet Buzzword Awards.

RELATED NEWS

+