Honkai: Star Rail x Fate Unlimited Blade Works – Kolaborasi terkini HSR!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sweet Dreams and the Holy Grail: Honkai Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] adalah kolaborasi pertama Honkai: Star Rail dengan francais Fate.

Kolaborasi ini akan dilancarkan pada 11 Julai ini di mana anda boleh mendapatkan karakter Saber (Destruction: Wind) dengan tiket pull eksklusif dan karakter iaitu Archer (The Hunt: Quantum) secara percuma.

“Adakah anda master saya? Pedang saya milik awak untuk diarah. Saya akan membuat apa sahaja untuk mencapai kemenangan.” – Saber.

Foto: HoYoverse

Saber adalah Heroic Spirit yang masih muda sebelum menjadi raja Camelot yang sah.

Karakter ini akan menjadi karakter Lima Bintang elemen Wind dengan Path Destruction.

Anda juga boleh mendapatkan Archer secara percuma dengan hanya log masuk ketika acara ini berlangsung.

“Pertama kali berjumpa huh? Panggil saya Archer. Anda bernasib baik, adanya aku disini bukan untuk berbunuhan, jika boleh.” – Archer

Foto: HoYoverse

Kemurungan sentiasa menghantui Archer tidak kira di masa lalu ataupun masa hadapan. Archer sangat mementingkan keadilan untuk mengalahkan orang hipokrit di mata dunia.

Karakter Archer akan menjadi karakter Lima Bintang lelaki pertama buat elemen Quatum dengan Path The Hunt.

Kolaborasi ini akan menggunakan tempat Penacony sebagai permulaan dimana Penacony akan mengadakan Holy Grail War pertama. Adakah Trailblazer bakal menjadi Pemain untuk Holy Grail War kali ini?

RELATED NEWS

+