Where Winds Meet mempunyai satu skin premium yang membuat para whales berfikir dua kali untuk mendapatkannya.
Harga skin premium ini cukup untuk anda membeli kereta mahal dan juga membayar separuh harga rumah.
Where Winds Meet nyata menjadi antara game yang popular setakat ini sehingga berja mempunyai lebih 2 juta pemain yang mengembara dalam dunia purba China.
Game ini mempunyai skin yang bernama ‘Celestial Mortal’ yang diletakkan sebagai satu skin ultra-premium yang mempunyai skin karakter dan kapal.

Kapal tersebut juga boleh berfungsi sebagai kapal persendirian dan tempat untuk bersosial.
Harga ini tersangat ekstrim kerana sistem gacha yang ada. Pemain tidak boleh membeli terus skin ini.

Dilaporkan di Gamersky, seorang pemain China telah mengira berapa jumlah sebenar untuk mencapai Hard Pity memerlukan 300,000 RMB (RM174 ribu) untuk mendapatkan skin ini.
Kosmetik permainan video selalunya berada dalam lingkungan RM80-RM120 tetapi kosmetik untuk Where Winds Meet yang hanya menggunakan sistem pengewangan dari kosmetik memerlukan satu skin dengan harga sebegini.
Where Winds Meet tidak mempunyai mekanik Pay-to-Win dan perlu juga dipesan ini hanyalah skin yang anda boleh guna untuk menunjukkan status sahaja.

setahun yang lepas