Roblox kini mengharamkan Schlep iaitu seorang YouTuber yang dikenali sebagai individu yang mendedahkan pemangsa bawah umur di Roblox.
Dia dihantar surat pemberhentian dari Roblox kerana dikatakan melanggar beberapa Terma Pengguna dan Komuniti di Roblox.
Full legal cease and desist notice from Roblox to me. pic.twitter.com/E6KmKdDEkH
— Schlep (@RealSchlep) August 9, 2025
YouTuber berusia 22 tahun ini juga mempunyai hampir 700 ribu pengikut. Schlep juga mengatakan dalam beberapa tahun pendedahan ini, enam orang pemangsa (pedofil) sudah ditangkap oleh pihak berkuasa.
Roblox menuduh Schlep dengan perbuatan mengsimulasikan perbualan yang berbahaya untuk kanak-kanak dan menggalakkan pengguna untuk bersembang di luar pelantar Roblox.
Pembangun Roblox itumengatakan cara ini memintas sistem keselamatan dan meningkatkan risiko untuk pengguna.
Schlep mengaku tidak bersalah dan tidak pernah membuat apa-apa percakapan berbaur seksual kepada pemangsa-pemangsa ini untuk mengelakkan pemujukan jenayah iaitu menipu dan memerangkap seseorang untuk membuat jenayah.
Dalam video yang sama, dia sendiri pernah menjadi mangsa ketika kecil dari seorang pembangun permainan video popular di Roblox.

Foto: Roblox Corporations
Ibunya sendiri menghubungi Roblox, tetapi Roblox hanya memberi bantuan panggilan kaunseling dan tidak membuang pemangsa itu. Selepas beberapa tahun baru sahaja pemangsa itudiharamkan dari Roblox.
Seorang lagi YouTuber JiDion juga dihantar surat yang sama oleh Roblox.
JiDion juga adalah antara YouTuber yang mendedahkan pemangsa bawah umur di salurannya.
Komuniti Roblox kini melancarkan kempen #BoycottRoblox dan #FreeSchlep dan menuduh syarikat itu atas cubaan menyenyapkan pemberi maklumat.
#boycottroblox pic.twitter.com/up6XMKI3ob
— SonicDeuce995 (@SonicDeuce995) August 9, 2025

setahun yang lepas