Apa yang akan berlaku apabila Tony Hawk membawa kereta api macam papan selaju tetapi mempunyai elemen Jet Set Radio?
Inilah Denshattack! permainan yang lain dari yang lain menggabungkan konsep pergerakan pantas papan selaju dan kereta api untuk dibawa di dunia pasca kiamat di Jepun.
Anda perlu menggunakan Denshattack unttuk mengembalikan Jepun kepada asal dan membina semula trek kereta api.

Foto: Undercoders
Permainan ini juga bakal menunjukkan anda yang kereta api pun boleh menjadi sesuatu yang gempak dengan inspirasi anime, punk dan perkara-perkara pelik.
Foto: Undercoders
Berkemungkinan besar anda juga perlu berlawan pelbagai jenis bos yang ada dari robot besar magical girl sehingga kereta api gergasi seperti cacing dari Dune.

Foto: Undercoders
Akan terdapat lebih dari 50 level yang perlu anda harungi dan setiap level ini mempunyai pelbagai cabaran berbeza-beza.
Dibangunkan oleh Undercoders, Denshattack! akan dilancarkan di Xbox Series X|S, Xbox PC, Xbox Cloud, Steam, dan PlayStation 5 (PS5) pada musim bunga tahun 2026.

setahun yang lepas