Hero yang berada di posisi Mid adalah antara hero yang paling banyak memberi impak dalam permainan video Multiplayer Online Battle Arena (MOBA).
Dalam Honor of Kings sekarang, hero-hero mid Mage mendominasi meta dan banyak membawa kemenangan untuk pasukan anda.
Walaupun begitu, hero-hero mid sangat mudah untuk dibunuh tetapi jika mampu menjaga posisi dengan baik, pihak lawan anda tidak dapat membuat apa-apa untuk mengalahkan anda.
Ini 5 Hero Mid Meta Honor of Kings:
1. Heino

Heino adalah hero mid yang sangat serba boleh apabila anda boleh mengubah mod range dan melee untuk mengadaptasi semasa berlawan.
Dia juga menggunakan skill yang mempunyai ability boleh memberi tanda untuk meningkatkan lagi damage dan mengawal keadaan.
Ketika team fights, menukarkkan mod melee dan range boleh menjadikan anda satu ancaman besar buat pihak lawan.
Ultimate Heino juga memberikan anda reset percuma ketika berlawan dan mengembalikan HP dan Mana dan kembali ke Mark yang sudah ditinggalkan oleh Skill 2 anda.
Hero ini memerlukan kemahiran yang tinggi untuk digunakan.
2. Angela

Hero percuma yang sangat mudah digunakan dan semua pemain akan mendapat Angela.
Angela andalah hero Mage yang mempunyai damage tinggi dan juga crowd control.
Skill Angela sangat mudah digunakan terutama ketika team fights.
Dia juga memberi fokus yang banyak kepada burst damage dan guna sedikit damage over time dengan membakar musuh.
Bagi Angela, kuasa yang patut dinaikkan adalah Skill 1>Skill2>Ultimate (selagi boleh dinaikkan).
3. Lady Zhen

Lady Zhen adalah hero mage yang mempunyai crowd control freeze dan area of effect damage yang tinggi jika dibiarkan.
Dia juga mampu untuk sentiasa kacau musuh ketika fasa laning dan mendominasi mid lane.
Pasif Frozen Touch boleh membuatkan musuh beku apabila anda berjaya mengenakan kuasa sebanyak tiga kali. Perkara ini mudah dibuat apabila skill 2 Lazy Zhen yang boleh melantun sebanyak enam kali.
Skill 1 Lady Zhen juga boleh menjadi ‘unit’ untuk membantu dalam melantunkan skill 2 jika anda berlawan dengan hanya satu hero.
Skill untuk Lady Zhen adalah Skill 2>Skill 1>Ultimate setiap kali boleh dinaikkan.
4. Milady

Milady adalah hero mage dengan kemampuan summon Mechanoid Minion yang akan membantu anda untuk menyerang musuh.
Dia mempunyai crowd control yang bagus dan juga AoE damage yang tinggi.
Pasif Mechanoid Minion adalah kuasa utama Milady dimana setiap kali musuh mati dia akan mengeluarkan minion untuk bantu anda berlawan dan minion itu boleh meletup dan mengenakan damage yang tinggi kepada musuh.
Ultimate miliknya juga sangat berguna untuk push menara dengan cepat.
Skill 2 Milady Forced Invasion memudahkan anda untuk sentiasa mempunyai minion untuk berlawan.
Skill terbaik untuk Milady adalah Skill 2>Skill 1 > Ultimate bila-bila masa boleh dinaikkan.
5. Princess Frost

Princess Frost adalah Mage serba boleh yang banyak memberi Crowd Control.
Hero ini boleh dikatakan sama dengan Aurora dari MLBB.
Princess Frost mempunyai kemampuan untuk Slow dan Freeze pihak musuh termasuk Ultimate Area Damage yang sangat besar dan mempunyai damage tinggi jika anda berada di dalam kawasan itu.
Dengan penggunaan kuasa yang tepat, Princess Frost boleh mengubah corak perlawanan ketika perang dengan mudah sekali.
Hero mid mana lagi yang anda rasa patut menjadi meta?

setahun yang lepas