89 juta akaun Steam dikatakan digodam – ini kenyataan Valve

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Valve baru-baru ini mengeluarkan kenyataan atas laporan mengatakan Steam digodam yang memberi impak kepada lebih 89 juta akaun di Steam.

Godaman ini dikatakan memberikan penggodam banyak data peribadi termasuk log SMS.

Pada 10 Mei lepas, satu pos di LinkedIn mengatakan Steam dikompromi dan lebih 90 juta akaun digodam.

Akaun tersebut mengatakan kesemua data-data itu akan dijual dengan harga AS$5,000 (RM 21,465).

Valve mengeluarkan kenyataan ini semalam di laman rasmi Steam.

Leak yang dilaporkan baru-baru ini tidak melanggar apa-apa sistem Steam,” ujar Valve.

“Apa yang anda lihat adalah laporan leaks dari mesej-mesej lama yang dihantar kepada pelanggan Steam. Kami melihat sampel leak tersebut, dan mendapati ia tidak melanggar sistem Steam,” tambah mereka lagi.

Foto: Valve

Apa yang anda lihat adalah mesej lama yang mempunyai kod sekali guna yang hanya sah untuk 15 minit yang dihantar kepada nombor telefon pelanggan.

Valve mengakui data nombor telefon terkesan tetapi data tersebut tidak berkait dengan akaun Steam, maklumat kata laluan, informasi pembayaran dan data peribadi yang lain.

RELATED NEWS

+