Hacker masukkan permainan video dengan malware untuk mencuri password gamers

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Minggu lepas, Valve membuang permainan ini dari pelantar Steam kerana PirateFi mempunyai malware.

Selepas membuang permainan ini, penyelidik keselamatan membuat analisis kepada malware itu.

Ia akan memaksa pengguna untuk muat turun program mencuri maklumat iaitu Vidar.

Foto: PirateFI

Marius Genheimer, penyelidik dari SeCUINFRA Falcon Team memberitahu TechCrunch, mereka menggunakan pelbagai taktik untuk menyebarkan Vidar.

Genheimer juga menjumpai PirateFi dibina dengan mencuri dan mengubah suai permainan video sedia ada iaitu Easy Survival RPG yang boleh dibeli sebagai permainan untuk membina game anda sendiri.

Pembelian mudah ini menjadikan para hacker senang untuk menyebarkan malware.

Tambahan lagi, program Vidar ini mampu untuk mencuri beberapa jenis data termasuk kata laluan, cookies, sejarah laman browser, dompet cryptocurrency, screenshot dan juga kod two-factor.

Pembangun PirateFi yang sebelum ini tidak pernah mempunyai apa-apa akaun media sosial secara atas talian mempunyai akaun X secara tiba-tiba.

RELATED NEWS

+