Tidak seperti yang digembar gemburkan oleh komuniti Dota 2, Valve nampaknya akan menggunakan pendekatan berlainan untuk menambahkan jumlah hadiah wang tunai (prizepool) bagi The International 2025, kejohanan tahunan Dota 2.
Seperti yang kita tahu, setiap 50% hasil jualan dari Supporter Bundle akan diberikan kepada pasukan ataupun talent. Tambahan lagi, sebanyak 30% hasil jualan kali ini akan ditambah ke prizepool TI 2025 yang pada dasarnya hanya AS$1.6 juta sahaja.
Walaupun tahun ini tiada Compendium khas untuk The International, Valve tetap membawakan semula beberapa ciri kegemaran peminat antaranya Fantasy TI dan Predictions yang kini boleh diakses secara percuma oleh semua pemain Dota 2.
Papan kedudukan (leaderboards) turut disediakan untuk kedua-dua ciri ini. Selain itu, Valve juga memperkenalkan harta karun baharu bernama Tyrian Regalia, koleksi kosmetik bertaraf Immortal yang direka dengan tema warna rasmi TI 2025.
Item Immortal dalam Tyrian Regalia ini tidak boleh dipindah milik dan hanya eksklusif untuk pemain yang mencapai kedudukan terbaik dalam Fantasy serta Predictions.
TI 2025 akan dianjurkan bermula 4 September hingga 11 September ini di Hamburg, Jerman. 16 pasukan terbaik Dota 2 akan bertanding untuk merebut gelaran juara dunia dan menjulang Aegis of Champions.
Rujukan: GosuGamers

setahun yang lepas