Netflix mengumumkan siri Solo Leveling iaitu siri webtoon dan anime terkenal bakal menerima adaptasi aksi nyata.
Siri fantasi aksi ini akan membawa Byeon Woo-seok (20th Century Girl) sebagai Sung Jin-woo.

Foto: MAMA Awards 2024 | KakaoPage
Produksi Solo Leveling akan dipelopori oleh Kakao Entertainment dan SANAI Pictures.
Byeon adalah antara pelakon bintang muda yang kini semakin popular.
Sung Jinwoo pula dikatakan sesuai untuk dilakonkan oleh Byeon yang perlu melakonkan watak lemah sehingga menjadi hunter paling kuat di dalam dunia.
Di KakaoPage sahaja Solo Leveling mendapat 14.3 bilion bacaan secara global. Adaptasi anime pula berjaya memenangi Crynchyroll Anime Awards 2025 dengan membawa pulang 9 trofi.
Dalam dunia yang mempunyai portal yang digelar “Gates” dunia kini bersambung dengan realiti dari dimensi lain. Menceritakan Sung Jin-woo yang merupakan hunter E-rank paling lemah sekali dan digelar Hunter paling lemah antara semua manusia.
Semuanya berubah apabila dia bersama hunter lain terperangkap di dalam dungeon yang sangat berbahaya dan menyebabkan Sun Jin-woo hampir mati. Jin-woo kemudiannya mendapat satu kuasa misteri yang membolehkannya naik level untuk menjadi lebih kuat.
Hanya Byeon Woo-seok diumumkan sebagai salah satu pelakon setakat ini.
Masih belum ada apa-apa lagi pengumuman tarikh atau teaser aksi nyata Solo Leveling.

setahun yang lepas