Bandai Namco Filmworks baru sahaja membuat pengumuman perjanjian dengan Legendary Entertainment.
Dua syarikat ini akan bekerjasama untuk membuat adaptasi filem Mobile Suit Gundam.
Tidak menghairankan buat Bandai Namco bekerjasama dengan Legendary kerana mereka juga pernah membuat filem mecha sendiri iaitu Pacific Rim bersama-sama Guillermo del Toro dan Warner Bros. Pictures.

Foto: Bandai Namco Filmworks
Dengan tajuk GUNDAM, filem mecha ini akan diarah dan ditulis oleh Jim Mickle yang dikenali untuk kerjanya bagi siri Netflix Sweet Tooth.
Berkemungkinan besar ini adalah pertama kali kita akan melihat Amuro Ray dan RX-78-2 mengharungi One Year War.
Setakat ini Gundam sudah mempunyai 25 siri Anime, 34 filem, 27 OVA dan beberapa siri khas yang telah dikeluarkan.
Anime Gundam terbaru iaitu Gundam GQuuuuuuX – Beginning juga akan mula ditayangkan pada 28 Disember ini!

setahun yang lepas