Siri Aksi Nyata Assassin’s Creed diumumkan Netflix

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Netflix telah mengumumkan adaptasi francais Assassin’s Creed.

Projek ini akan berada dibawah kerjasama Ubisoft dan Netflix. Francais ini sebenarnya telah lama diumumkan sejak tahun 2020 lagi.

Satu filem telah dibuat pada tahun 2016 dengan Michael Fassbender sebagai watak utama tetapi filem ini telah mendapat banyak kritikan negatif.

Siri ini akan ditulis oleh Roberto Patino (Westworld, DMZ) dan Davie Wiener (The Killing, Halo) akan menjadi pengarah esekutif.

Assassin’s Creed akan menceritakan perang rahsia yang telah berlangsung selama beberapa abad dia antara dua puak. Satu puak mahu mengawal seluruh manusia dan satu puak lagi mahu memberi kebebasan buat manusia.

Foto: Ubisoft

Setiap karakter akan menjadi sangat penting dalam setiap acara bersejarah untuk membentuk takdir manusia.

Patino dan Weiner mengatakan siri ini akan memberikan fokus lebih kepada penceritaan berbanding aksi yang ada dalam permainan Assassin’s Creed.

Tiada lagi pengumuman rasmi untuk tarikh tayangan mahupun tarikh bermulanya perfileman.

RELATED NEWS

+