Bâan- The Boundaries of Adulthood – Anime isekai ciptaan Gigguk YouTuber Anime terkenal dengan tema mitologi Asia Tenggara

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Impian untuk mencipta anime sendiri adalah impian yang sangat besar buat peminat anime.

Garnt Maneetapho atau lebih dikenali sebagai Gigguk adalah antara YouTuber Anime paling lama pernah wujud di pelantar tersebut akhirnya berjaya mencapai salah satu impian besarnya.

Mengumumkan Bâan- The Boundaries of Adulthood anime isekai yang mengambil mitologi Asia Tenggara sebagai tema besar buat animenya.

Bâan- The Boundaries of Adulthood menceritakan dua orang manusia yang mencari kehidupan baru apabila mereka boleh mengembara ke satu dunia lain untuk mencari diri mereka sendiri.

Dia dalam dunia yang digelar Euthania iaitu dunia yang penuh dengan makhluk-makhluk mitologi Asia Tenggara yang tersambung dengan Jepun melalui gerbang portal.

Anda boleh lihat trailer Bâan- The Boundaries of Adulthood disini:

Anime dibuat dengan hasil kolaborasi bersapa GeeX+ x studio Daisy yang dikenali ramai apabila membuat salah satu episode untuk antologi Star Wars: Visions.

Diarah oleh Yoshimitsu Ohashi yang baru-baru ini membangunkan Code Geass: Roze of the Recapture dan lagu yang dihasilkan oleh Kevin Penkin (Made in Abyss).

Tarikh tayangan Bâan- The Boundaries of Adulthood akan diumumkan nanti.

RELATED NEWS

+