Twitch baru-baru ini menambahkan polisi Hateful Conduct (tingkahlaku berbentuk kebencian) mereka untuk mengharamkan perkataan Zionist.
Menurut Twitch, perkataan ini hanya diharamkan jika digunakan untuk menyerang atau meremehkan sesuatu kumpulan mengikut asal usul atau kepercayaan agama.
We have updated our enforcement guidelines, read more here:https://t.co/b4itDrRqSZ
— Twitch Support (@TwitchSupport) November 15, 2024
“Kami sedar Zionist atau Zionisme juga merujuk kepada pergerakan politik. Menggunakan perkataan ini untuk pergerakan politik, samada menyokong atau kritikal tidak melanggar polisi Hateful Conduct,” ujar Twitch di blog mereka.
Perubahan polisi ini dibuat selepas Rep. Ritchie Torres dan Liga Anti-Fitnah Amerika Syarikat mengatakan kebencian terhadap orang Yahudi kian meningkat di Twitch.
Twitch selalunya mengelak dari kontroversi diantara peperangan Israel dan Gaza tetapi sejak serangan itu, kritikan kepada Twitch mengenai isu ini kian meningkat.
Sebelum ini Twitch juga dituduh menghalang akaun baharu untuk beberapa pengguna yang berada di kawasan Palestin atau Israel sejak 7 Oktober.
Pelantar stream ini juga mengharamkan sementara beberapa streamer kerana tingkahlaku berbentuk kebencian di TwitchCon dan juga 14 hari pengharaman buat Asmongold kerana memberi komen mengenai kematian orang Palestin di Gaza.
Rujukn: NBC News

setahun yang lepas