Beast of Reincarnation permainan video aksi dari pembangun Pokemon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Game Freak yang dikenali dengan siri Pokemon mengumumkan Beast of Reincarnation.

Diumumkan semasa Xbox Games Showcase 2025, Beast of Reincarnation menunjukkan Game Freak mampu membuat permainan ala-ala Black Myth: Wukong.

Anda akan bermain sebagai protagonis Emma the Sealer yang mengembara di Jepun pasca apokaliptik untuk menyelamatkan manusia dari kepupusan pada tahun 4026.

Sebagai Emma, anda perlu berlawan pelbagai jenis raksasa gergasi dengan kuasa pokok dan katana bersama-sama anjingnya Koo.

Emma juga telah digelar Blitghted One dan digelar sebagai orang buangan dan dikatakan sebagai pedang untuk membunuh Beast of Reincarnation.

Foto: Game Freak

Beast of Reincarnation akan dilancarkan di Xbox Series X, Xbox PC, Game Pass, Xbox Cloud, Steam dan PlayStation 5 tahun hadapan.

RELATED NEWS

+