Leak mengenai Pokemon TCG Pocket menyatakan bahawa empat set kad baru dan acara menarik akan datang tidak lama lagi untuk permainan kad mudah alih ini. Pocket sudah pun melepasi pendapatan harian Pokemon Go sejak dilancarkan, menjadi pilihan popular bagi pemain yang mencari alternatif kasual berbanding Pokemon TCG Live yang lebih kompetitif.
Acara Lapras EX Drop memperkenalkan Lapras EX, yang boleh didapati melalui booster pack Promo-A Series Vol. 1 sehingga 18 November ini. Dalam pada itu, leak muncul mengatakan set mini pertama, “A1a,” akan dilancarkan pada 16 Disember, diikuti set kedua “A2” pada 29 Januari dengan sekitar 230 kad.
Mini #PokemonTCGPocket Set A1a to be released 16th December
The 2nd set ‘A2″ will be released 29th January, will contain around 230 cards and is expected to totally change the meta
Plans are for 4 new sets and 4 mini sets a year pic.twitter.com/73faTHr6SK
— PokeGirlLauren (@PokeGirlLauren) November 9, 2024
PokeGirlLauren, leaker yang dipercayai, juga berkongsi beberapa acara yang bakal datang seperti Black Friday Gold Event, Magikarp/Gyarados, Arcanine, dan Venusaur. Acara Arcanine pula akan memberi peluang mendapatkan Arcanine EX bersama kad holo lain seperti Charizard dan Moltres.
Dalam satu hantaran berasingan, PokeGirlLauren turut mendedahkan acara-acara yang bakal datang untuk Pocket:
- Acara Emas Black Friday – 22 November hingga 2 Disember
- Magikarp/Gyarados – 22 hingga 28 November
- Arcanine – 22 hingga 28 November
- Venusaur – 29 November hingga 13 Disember
Nantikan lebih banyak kad baharu yang pastinya akan mengubah meta dalam masa terdekat.
Artikel ini diterjemah dari Dexerto. Artikel asal boleh dibaca di SINI.
Follow kami di WhatsApp, Instagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

setahun yang lepas