Pokemon Legends: Z-A akan datang hujung tahun ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sebagai salah satu bahagian dalam hari sambutan Pokemon Day, The Pokemon Company mengumumkan Pokemon Legends: Z-A.

Lain daripada permainan Pokemon yang lain, Pokemon Legends: Z-A akan memberi fokus kepada satu bandar besar iaitu Lumiose City yang lebih besar daripada Pokemon X dan Y.

Pokemon Legends: Z-A menceritakan Lumiose City yang kini dalam pembangunan semula.

Permainan ini juga akan memperkenalkan beberapa penukaran lain daripada yang lain seperti cara mengembara dan cara Pokemon anda berlawan.

Tiga starter akan diperkenalkan iaitu Chikorita, Tepig dan Totodile.

Foto: The Pokemon Company

Sudah semestinya ketiga-tiga evolution terakhir Pokemon ini akan mendapat Mega Evolution sama seperti beberapa Pokemon dari Kalos.

Foto: The Pokemon Company

Antara perubahan terbesar untuk kali ini adalah cara berlawan di mana pemain boleh mengawal Pokemon mereka untuk mengelak ketika berlawan.

Beberapa Moves yang digunakan oleh Pokemon anda juga akan mempunyai jarak tertentu.

Pokemon Battle anda kini memerlukan lebih banyak pergerakan dan input ketika berlawan.

Pokemon Legends: Z-A dijangka akan dilancarkan lewat tahun 2025 ini untuk pelantar Nintendo Switch dan berkemungkinan besar juga untuk Nintendo Switch 2.

RELATED NEWS

+