Augran adalah hero jungler yang baharu sahaja dilancarkan dalam Honor of Kings dan menjadi antara hero paling menakutkan di permainan mudah alih itu setakat ini.
Sebenarnya ada pelbagai cara dan hero boleh menjadi counter untuk Augran dan membuatkan dia kesusahan terutamanya ketika fasa farming.
Ini Hero-hero yang boleh menjadi counter untuk Augran:
1. Pei

Pei adalah hero yang mendominasi early game, boleh berubah dengan Tiger Form untuk memberikannya burst dan poke jarak jauh termasuk mobiliti untuk dive tower.
Skill 1 Pei juga menyakitkan untuk Augran kerana damage yang dikenakan adalah berdasarkan nyawa semasa Augran yang sentiasa banyak disebabkan build Tank.
Jika Augran itu menggunakan build DPS maka lebih mudahlah untuk Pei.
Pei juga boleh digunakan untuk terus menceroboh jungle milik Augran dengan mencuri buff. Augran selalunya akan bermula dengan blue buff dan Pei boleh terus pergi mencuri red buff sekaligus membuatkan Augran lambat untuk naik ke level 4.
Dominasi early game Augran membuatkan dia sentiasa kebelakang dan Augran yang tidak berjaya snowball adalah Augran yang tidak mempunyai damage.
2. Dr Bian

Dr Bian adalah hero mage yang mempunyai banyak sustained damage dan heals.
Lebih banyak Marks Chemist dibuat ke atas musuh lebih banyak Damage dan Heal yang akan dikeluarkan oleh Dr. Bian.
Disebabkan selalunya Augran akan membuat Build Tank, burst heal dari Dr Bian membuatkan ahli pasukan anda yang berdekatan mudah untuk mendapat heal sekaligus membuatkan HP pasukan anda tidak berada di bawah 10% skill pasif Execute Augran.
Augran juga tidak mempunyai jarak yang jauh dan sentiasa memerlukan jarak yang dekat untuk berlawan dengan anda.
3. Dian Wei

Sejak sedikit rework dalam Skill 1, Dian Wei menjadi hero yang sangat menakutkan kerana dia boleh mengejar anda sehingga anda mati.
Dengan Dash tambahan di Skill 1, Dian Wei dapat mengejar Augran dan paling penting Ultimatenya yang membuat True Damage mengikut jumlah maksima Health musuh.
Disebabkan Augran selalunya menggunakan build tank, ini membuatkan nyawanya sangat banyak dan Dian Wei adalah hero yang sangat sakit untuk Augran berlawan.
4. Musashi

Musashi adalah fighter yang boleh terus masuk ke belakang pasukan musuh untuk membunuh marksman atau mage secepat mungkin.
Disebabkan Augran sentiasa berada di hadapan Musashi boleh memilih untuk membidik hero lain terlebih dahulu.
Ultimate Musashi juga boleh menjadi kunci untuk mengalahkan Augran kerana kesemua efek health restoration akan ditangguhkan selama lima saat iaitu satu masa yang cukup lama untuk menghalang heal Augran.
5. Nakoruru

Nakoruru adalah assassin mobiliti yang mempunyai potensi burst damage yang tinggi ditambah dengan damage HP% yang unik.
Jika Augran musuh membuat build DPS ia akan menjadi lebih mudah kerana Nakoruru mempunyai burst damage yang sangat tinggi dan akan membunuh hero-hero yang mempunyai nyawa sedikit.
Manakala bagi Augran Build Tank, Skill 1 Nakoruru boleh menjadi kunci utama kerana mempunyai damage physical 6% maximum health apabila berjaya trigger Mark Eagle Eye.
Item-Item counter Augran
Jika anda tidak menggunakan antara empat hero-hero diatas ini item yang anda patut buat untuk counter Augran.
Item ini bukan sahaja digunakan untuk counter Augran tetapi mana-mana barisan hero yang mempunyai banyak heals.
1. Mortal Punisher

Item ini dibuat khas untuk hero-hero physical damage untuk counter Augran malah heal-heal yang lain.
Anti-heal ini boleh membuat Augran heal sangat sedikit kerana healnya akan berkurangan sebanyak 35%.
Di samping itu, anda juga akan mendapat heal apabila HP anda berada dibawah 30% sekaligus menjadikan pasif Augran lebih sukar untuk dikeluarkan kerana memerlukan HP berada di bawah 10%.
2. Blazing Cape

Item Defensive dan Anti-heal ini sesuai untuk berlawan dengan Tank terutama Augran yang membuat build Tank.
Blazing Cape membuatkan musuh yang berada di dalam range 400 akan terkena damage magic setiap saat.
Jika terkena damage api ini, musuh akan dikenakan Imperil yang mengurangkan health recovery dan lifesteal sebanyak 35%.
Augran sangat mementingkan lifesteal selepas skill 2 untuk hidup ketika berperang.
3. Venomous Staff

Item ini adalah Anti-heal khas buat hero-hero mage.
Disamping mendapat Magical Attack, Cooldown Reduction dan Movement Speed anda juga akan mendapat pasif Imperil.
Sama seperti item Anti-heal yang lain jika musuh terkena basic attack atau skill, Health Recovery dan Lifesteal musuh akan berkurangan sebanyak 35% selama 2.5 saat.
Kesemua efek Imperil ini boleh berkekalan selagi anda basic attack atau menggunakan skill berterusan.
Cara terakhir paling mujarab untuk counter Augran adalah tidak lain tidak bukan BAN sahaja Augran di Ranked Match.
Lebih mudah untuk tidak berlawan dengan hero ini dari bermain permainan yang ada Augran.
Siapa lagi hero-hero yang anda rasa mampu untuk counter Augran tidak kira Augran DPS atau Augran Tank?

setahun yang lepas