Siri YouTube kontroversi Skibidi Toilet kini akan ke layar perak.
Pengarah untuk filem ini adalah Michael Bay yang dikenali ramai kerana membawa letupan dan Transformers ke filem.
Pengumuman ini dibuat di podcast Variety ‘Strictly Business’.
Jadi apa itu Skibidi Toilet?
Skibidi Toilet adalah siri animasi di YouTube yang dicipta oleh Alexey Gerasimov seorang penganimasi dari Georgia yang viral dengan video kepala yang keluar dari lubang tandas sambil menyanyi.
Tetapi francais ini terus berkembang dengan banyak penceritaan tidak masuk akal sehingga peperangan dan pelbagai lagi.
Inspirasi ini terjadi apabila Gerasimov bermimpi mengenai kepala yang keluar dari lubang tandas.
Dia kemudiannya mencipta animasi ini dengan menggunakan Source Filmmaker dari Valve.
Siri ini berjaya mendapat beberapa bilion tontonan sejak viral dahulu.

setahun yang lepas