Konvensyen terbesar animasi, komik dan permainan (ACG), Comic Fiesta 2024 kini kembali di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan kemeriahan pada hujung minggu.
Yang menariknya, ia turut disokong oleh permainan mudah alih meningkat naik, Honor of Kings serta Claz’room, Hoopi dan pusat membeli belah Lalaport.
Jom tengok montaj CF 2024:
@mygameondotmy Camne gais? Approve ke tak montage Comic Fiesta 2024 dari intern kitorang? #ComicFiesta2024 #ComicFiesta #CF2024 #MyGameOn #animeedit #anime #manga ♬ original sound – My Game On
Seramai lebih 70,000 pengunjung hadir yang terdiri daripada pelukis ilustrasi, pelukis komik, cosplayer dan peminat dari serata Asia Tenggara.
Tahun ini memperlihatkan kemunculan kembali LAM yang terkenal dengan ilustrasi anime beliau. Selain itu, Emirichu dan Daidus Spilled Ink juga hadir di mana Youtubers ini melakar karakter yang dicadangkan oleh penonton.

Animator tempatan seperti Cheeming Boey dan Raymond Wong juga hadir berkongsi ilmu bagaimana mereka menerajui arena animasi tempatan.

Lebih menarik juga apabila Taito Ban, pelakon alih suara untuk Sung Jin-woo dari Solo Leveling turut hadir mempromosikan musim kedua anime itu pada hari pertama CF 2024.
Selain itu, CF 2024 turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon alih suara, Yusuke Kobayashi dan Rie Takahashi di sebalik watak Subaru Natsuki dan Emilia untuk Re: ZERO – Starting Life in Another World.


Honor of Kings kali ini juga membuka booth mereka bagi mempromosikan acara musim sejuk sedang berlangsung dan ganjaran menarik untuk dimenangi selama 30 hari iaitu sebuah motorsikal Yamaha Y15R V2. Anda boleh membaca artikel ini untuk cara-cara menyertai.

Foto: Comic Fiesta 2024

setahun yang lepas