Cubaan matchfixing Bluerim Esports dibuang dari HOK Championship 2024 Indonesia Qualifier

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HOK Championship 2024 Indonesia Qualifier satu pasukan telah dibuang dari bertanding atas cubaan matchfixing.

Pengumuman ini dibuat di laman sosial HOK Esports Indonesia semalam 8 September 2024.

“Bluerim Esports telah disingkirkan dari bertanding kerana mempunyai indikasi untuk melakukan matchfixing,” menurut HOK Esports Indonesia.

Kes matchfixing ini disebabkan perlawanan yang akan dibuat ke atas Alter Ego Enma.

Jika Bluerim Esports menang perlawanan ini mereka bakal mendapat kedudukan yang lebih kukuh.

Bluerim Esports juga telah mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by bluerim.id (@bluerimesports)

Kejadian ini berlaku apabila pengurus pasukan HOK Bluerim Esports telah menghubungi pihak lawan tanda izin dari pengurusan dan membuat perundingan sendiri dengan tujuan peribadi.

“Kami sangat kesal dan tidak menyangka, sistem yang kami berkan akan menjadi buruk seperti ini,” tambah Bluerim Esports.

Pihak Bluerim Esports kini telah memecat penurus divisyen HOK mereka dan sesiapa yang berkaitan sudah dikeluarkan dan tidak lagi akan bekerja sama dengan Bluerim Esports.

Disamping itu, Bluerim Esports juga telah memohon maaf atas perkara yang terjadi.

Bluerim Esports setelah dibuang gagal untuk layak ke pusingan Playoff.

RELATED NEWS

+