Cygames AI Studio."> Cygames AI Studio." /> Cygames AI Studio." />

Cygames pembangun Umamusume dan Granblue Fantasy mohon maaf isu Studio AI

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pada 9 Januari lepas, Cygames pembangun Umamusume dan Granblue Fantasy telah mengumumkan mereka bakal menubuhkan Cygames AI Studio.

Sudah semestinya peminat Cygames meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati atas keputusan ini.

Foto: Cygames

Studio AI baharu ini akan memberi fokus kepada penggunaan dan servis perisian AI termasuk kaji selidik untuk teknologi AI.

Setelah beberapa hari Cygames telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.

Cygames menegaskan mereka tidak akan menggunakan Generative AI (GenAI) untuk produk mereka tanpa notis. 

Ini termasuk untuk setiap hasil seni dan produk untuk kesemua francais dibawah Cygames.

Foto: Cygames

Produk yang memerlukan perkara teknikal dan kerja manual staf juga akan diberitahu jika AI digunakan.

“Kami juga memohon maaf kerana menyebabkan ramai peminat kami kecewa. Kami di Cygames akan sentiasa menghormati pencipta.”

Cygames kini lebih dikenali ramai sejak populariti Umamusume: Pretty Derby melonjak selepas pelancarannya di global.

RELATED NEWS

+