Haru Urara ikon Umamusume dan kuda lumba kesayangan mati pada usia 29 tahun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Haru Urara, seekor kuda lumba dari Jepun kini menjadi ikon nasional kerana tidak pernah memenangi satu perlumbaan pun sepanjang kariernya.

Kuda berusia 29 tahun itu diumumkan mati semalam oleh Martha Farm di Onjuku, Chiba selepas mengidap kolik.

Kuda ini juga menjadi inspirasi untuk watak Haru Urara iaitu Umamusume dari permainan Umamusume: Pretty Derby.

Foto: The Economic Times

Dilahirkan pada tahun 1996 di Hokkaido, Haru Urara berlumba pada tahun 1998 hingga tahun 2004.

Haru Urara telah menjadi sangat terkenal bukan kerana kemenangan tetapi kerana kegigihannya untuk berlumba walaupun kalah kesemua 113 perlumbaan.

Foto: Cygames

Dia telah digelar Bintang Gemerlapan untuk semua kuda yang kalah di luar sana.

Haru Urara sebenarnya pernah memenangi satu perlumbaan iaitu perlumbaan diantara kuda pencen pada 18 Mei 2019.

Populariti Haru Urara juga mencecah rekod tertinggi disebabkan pelancaran Umamusume: Pretty Derby Global.

Ladang tempat tinggal Haru Urara telah mendapat terlalu banyak sumbangan sehingga membuatkan laman web sumbangan tersebut terus ranap buat sementara waktu.

Ramai peminat mengongsikan rasa sedih dengan pemergian Haru Urara.

Kematian Haru Urara juga hanya beberapa minggu selepas satu lagi kuda ikonik dalam Umamusume yang turut mati iaitu Grass Wonder yang mati pada umur 30 tahun Ogos lepas.

RELATED NEWS

+