Majoriti pengguna Steam beli game yang mereka tidak akan main – Penganalisa Industri Permainan Video

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tidak disangkal lagi walaupun terdapat banyak pelantar permainan video di PC seperti Epic Games Store dan GOG, Steam masih menjadi platform paling ramai orang membeli permainan video.

Walaupun Valve mengambil 30% potongan daripada kesemua penjualan, pembangun permainan video tetap mengeluarkan permainan mereka di pelantar Steam.

Menurut penganalisa Steam dan industri permainan video Chris Zukowski, Valve berjaya memupuk pengguna yang hanya menjadi pengumpul tegar. Mereka ini hanya membeli permainan video tetapi tidak menyentuh pun permainan yang dibeli itu.

Foto: Valve

Malah contoh terdekat yang boleh dibuat apabila pihak MyGameOn bertanyakan kepada beberapa rakan sekerja mengenai jumlah permainan video mereka.

Sebagai contoh, Syazwan Bahri yang dulunya pernah menjadi penulis MGO dan kini berada di Says Tech. Dia mempunyai lebih dari 1,000 permainan video tetapi sekarang dia hanya bermain dua permainan video sahaja iaitu Asetto Corsa Competizione dan Ready or Not.

Menurut Zukowski, Valve berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Netflix: Bagaimana anda menjual produk jika seseorang itu mempunyai terlalu banyak hiburan tetapi tidak mempunyai masa untuk bermain atau menonton.

Secara asas, Valve berjaya menambahkan jumlah masa tak terhingga untuk seseorang gamer tetapi ini hanya dengan andaian mereka mempunyai masa untuk bermain permainan video yang telah dibeli. (Secara jujur kemungkinan besar tidak)

Steam mempunyai pelbagai jenis diskaun terutamanya ketika Steam Summer Sale dan Winter Sale.

Adakah anda tergolong dalam golongan yang membeli permainan video tetapi tidak main langsung?

TAGS

RELATED NEWS

+