Duet Night Abyss umum sistem gacha dibuang, hanya jualan kosmetik sahaja

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Cuba anda bayangkan permainan video gacha yang membuang gacha?

Ini yang dilakukan oleh Duet Night Abyss iaitu Pan Studio bahawa mereka akan membuang elemen gacha dalam permainan video mereka.

Kesemua gacha ini akan digantikan dengan jualan kosmetik sahaja.

Dipasarkan sebagai permainan gacha, Duet Night Abyss membuat pengumuman ini semalam menerusi siaran langsung khas.

Semua mekanik gacha akan dibuang dalam permainan ini. Karakter dan senjata mereka boleh didapatkan dengan grinding.

Selain itu, mekanik stamina dan masa juga akan dibuang.

Foto: Pan Studio

Duet Night Abyss nampaknya membuat satu perubahan besar menjadi satu permainan lain dan bukan lagi gacha.

Permainan ini mengambil formula Warframe dimana pemain boleh mendapatkan karakter yang mereka mahukan dan boleh mempercepatkan proses ini dengan membeli matawang premium.

Ia bakal menjadi satu ‘eksperimen’ baharu untuk permainan lain yang terus mengubah sistem mereka sebegini.

Duet Night Abyss akan dilancarkan App Store, Google Play, dan Epic Game Store.

RELATED NEWS

+