Satu laporan mengatakan Electronic Arts Inc. (EA) kini dalam urus janji terakhir untuk menjadi swasta sepenuhnya dengan belian oleh Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi bersama pelabur lain seperti Silver Lake Management.
Dipetik dari Wall Street Journal, perjanjian itu boleh menilai EA pada kira-kira AS$50 bilion (RM 210 bilion).
Electronic Arts (EA) yang mendominasi beberapa permainan video sukan mempunyai aliran pendapatan yang stabil daripada francais tersebut.

Foto: Electronic Arts Inc.
Sejak beberapa tahun ini, PIF Arab Saudi telah membuat pelaburan berbilion untuk beberapa syarikat permainan video besar seperti Activision, Blizzard, Nintendo, Capcom dan Nexon.
PIF Arab Saudi juga adalah pemilik sepenuhnya francais King of Fighters dan Metal Slug dari SNK Corp.
Pemilikan juga dilaporkan menjadi penyebab pembangun Fatal Fury memasukkan pemain bola sepak terkenal Cristiano Ronaldo.
Laporan ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh EA dan pelabur yang berkaitan untuk perjanjian pemilikan ini.

setahun yang lepas