Presiden Valve Gabe Newell baru-baru ini viral lagi dengan ucapan wajib di The International.
Gabe mengatakan dia masih bermain Dota 2 hampir setiap hari walaupun pemain Dota 2 toksik dengannya.
Tahun ini adalah tahun ke-14 The International dan seperti biasa ucapan dari Gabe Newell adalah satu upacara wajib buat acara berprestij Dota 2 ini.
“Empat belas tahun lepas, kita telah mengadakan International pertama di Cologne, Jerman. bagi saya, International pertama sangat menyeronokkan. Saya seronok melihat kehebatan semua pelain dan semangat komuniti,” ujarnya.

Foto: Valve
“Sebelum International saya suka bermain Dota 2, tetapi selepas International saya sayangkan Dota 2.” tambahnya lagi.
Game Newell juga mengatakan betul, beberapa orang masih toksik dengan saya di chat, mungkindalam seminggu sekali.
“Hei noob, uninstall dan pergi mati” ini ayat yang dikatakan kepada Gabe Newell.
Tetapi dia tidak kisah dengan perkara ini kerana ia menunjukkan ramai pemain yang bersemangat tinggi dengan tenaga yang mereka berikan ketika bermain Dota 2.
Bayangkan anda toksik tetapi orang yang anda toksik itu adalah Gabe Newell.

setahun yang lepas