Gaimin Gladiators tarik diri dua minggu sebelum The International 2025 – Dota 2

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Gaimin Gladiators (GG) antara pasukan paling dominan dalam Dota 2 dan menjadi antara pasukan paling digeruni selama empat tahun ini.

Baru-baru ini mereka buat keputusan menarik diri dari menyertai The International (TI) 2025 yang akan bermula 4 September ini di Jerman.

Foto: Gaimin Gladiators

Kesemua pasukan terhebat Dota 2 akan berlawan untuk merebut hadiah wang terkumpul AS$1 juta (RM1 juta) bagi menjulang Aegis of Champions.

Pengumuman awal dibuat di laman rasmi The International di X.

Dua hari selepas itu, Gaimin Gladiator mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Mereka sudah berbincang dengan kesemua pemain dan mengatakan pemain mahu bertanding secara individu tanpa mewakili Gaimin Gladiators.

Lain pula yang dikatakan oleh seorang pemain GG iaitu Quinn, dakwaan yang dikatakan GG bahawa mereka mahu bermain secara individu adalah tidak tepat.

Quinn mengatakan terdapat beberapa masalah bayaran yang belum dijelaskan sehingga memerlukan nasihat peguam. Walaubagaimanapun, dia mengatakan keputusan untuk menarik diri dari TI adalah keputusan GG sendiri.

Setakat ini hanya pemain-pemain GG dan pasukan GG sahaja yang tahu mengenai masalah dalaman yang menjurus kepada penarikan diri.

Apa yang akan berlaku kepada roster TI 2025?

Penarikan ini akan memaksa Valve untuk mencari pasukan lain untuk menggantikan GG.

Menurut penganalisa Dota 2 Ben “Noxville” Steenhuisen dia menyenaraikan beberapa pasukan yang berkemungkinan besar layak untuk menggantikan GG di TI 2025 nanti.

Berdasarkan rating pasukan yang ada tiga pasukan teratas yang mungkin layak adalah Shopify Rebellion, Yakult Brothers dan Talon. Tetapi SR sudah melepaskan kesemua barisan pemain mereka. Talon tidak lagi mempunyai pemain dibawah kontrak. Hanya Yakult Brothers sahaja yang mempunyai kesemua pemain mereka lagi.

OG juga boleh menggantikan GG kerana mereka adalah pasukan dari Eropah Barat dan berkemungkinan besar tidak mempunyai masalah untuk menyertai acara TI tahun ini.

Tidak kira siapa yang menggantikan GG, Gaimin Gladiators berjaya mendapatkan tempat kedua untuk dua TI berturut-turut iaitu pada tahun 2023 dan 2024.

RELATED NEWS

+