Pada tahun lepas, lebih 19,000 permainan video dimasukkan ke pelantar Steam. Tetapi lebih 80% permainan video yang ada itu tidak pernah dimainkan atau dibeli.
Seperti yang dilaporkan oleh Valve, banyak permainan di Steam tetapi tidak mempunyai fungsi penuh Steam seperti trading cards. Permainan sebegini akan diberi status limited oleh Valve.
Hanya permainan video yang mendapat populariti dan pembelian banyak sahaja yang berjaya untuk tidak disenarai limited oleh Valve.
Untuk berada dalam senarai permainan video dengan status limited ini, Steam akan membuat pemeriksaan kualiti untuk mengelakkan shovelware dan penipuan.

Foto: SteamDB
Menurut SteamDB lebih 18,992 permainan video dilancarkan di Steam.
Hanya 4,041 sahaja berjaya mencatatkan hasil jualan yang baik dan keluar dari status limited.
Ini bermakna lebih 14,951 permainan video (79%) tidak dibeli atau dimainkan langsung.
Setakat dua minggu pada tahun 2025 ini, lebih 444 permainan video dilancarkan dan 389 dari jumlah permainan itu dalam kategori limited.
Ini bermakna banyak lagilah permainan video yang tidak relevan akan masuk ke Steam.

setahun yang lepas