Hiroko VTuber nenek berusia 87 tahun beri anda nasihat kehidupan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Memperkenalkan Hiroko, iaitu seorang VTuber berusia 87 tahun dari jepun yang akan memberi anda nasihat kehidupan kepada orang muda.

Dia adalah ketua kepada MetaGrandma iaitu projek untuk membantu nenek-nenek menjadi VTubers.

Hiroko berasal dari Mihara, Hiroshima dan menggunakan avatar berambut merah jambu dengan pakaian sekolah menengah di Jepun.

Ramai orang suka mendengar Hiroko bercakap mengenai kehidupan sehariannya.

“Kehidupan ini panjang. Tiada sebab untuk anda risau,” ujar Hiroko apabila ditanya chat.

Dibawah agensi OTAGROUP, Metabaacha adalah kumpulan VTuber yang mempunyai ahli-ahli nenek yang berumur 75 tahun ke atas.

Malah penerbit Meta Grandma juga adalah cucu kepada Hiroko bernama Shimonishi Ryuji.

Baru-baru ini Hiroko pernah memberi nasihat kepada Suisei dan Raden dua VTuber besar dan terkenal.

Mereka ini akan memberikan servis kaunseling nasihat kepada orang-orang muda.

Anda juga boleh menyertai sesi kaunseling ini dan pihak agensi akan memilih nenek VTuber yang sesuai dengan anda di Zoom atau Google Meet.

RELATED NEWS

+