VTuber Ironmouse tinggalkan Vshojo – Vshojo dituduh tidak membayar RM 2.12 juta wang tabung amal

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Antara VTuber dan streamer paling terkenal dalam dunia; Ironmouse dari VShojo kini secara rasmi telah meninggalkan agensi itu.

Agensi Ironmouse kini dalam proses tindakan undang-undang ke atas Vshojo.

Vshojo adalah agensi bakat dari Amerika Syarikat yang mengendalikan beberapa pencipta kandungan virtual iaitu VTubers dan Ironmouse adalah salah seorang Vtuber yang berada dibawah agensi Vshojo.

Dalam satu video terbuka dari Ironmouse, Vshojo telah dituduh tidak membayar Ironmouse sejumlah wang yang telah dibuatnya ketika subathon Twitch 2023 dahulu.

“Saya percaya mereka masih berhutang sejumlah wang saya. Dan bagi Yayasan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Immune Deficiency), yang merupakan badan amal penting bagi saya – mereka masih berhutang AS$500 ribu (RM 2.12 juta),” ujar Ironmouse dalam videonya.

Vshojo telah gagal untuk memberikan wang amal itu kepada yayasan tersebut walaupun setahun telah berlalu sejak stream subathon lepas.

Foto: Bloomberg | Ironmouse

Organisasi amal sebegini sangat penting buat Ironmouse kerana dia sendiri mempunyai Common variable immunodeficiency (CVID) di mana sistem imunnya sangat lemah dan menyebabkan dia sangat mudah untuk jatuh sakit.

Ironmouse tidak dapat mengongsikan beberapa butiran lebih disebabkan nasihat dari pihak peguammnya.

Dia juga berjanji akan menceritakan cerita penuh apabila dibenarkan nanti. Tambahan lagi, Ironmouse akan memberikan kesemua hasil wang pendapatan yang dia dapat untuk Yayasan Immune Deficiency untuk stream amal yang akan datang nanti.

Ironmouse bukan sahaja bakat yang telah meninggalkan Vshojo. Beberapa VTuber terkenal lain seperti Matara Kan, GEEGA dan Zentreya juga telah meninggalkan Vshojo.

RELATED NEWS

+