Setelah video yang dibuat oleh Ironmouse, ramai ahli Vshojo yang lain juga telah menyuarakan masalah yang mereka hadapi dari agensi Vshojo.
Selepas kontroversi ini ramai juga ahli lain telah meninggalkan terus Vshojo dan mengeluarkan kenyataan masing-masing.

Foto: VShojo
Boleh dikatakan hampir semua telah keluar dari Vshojo. Yang masih tinggal berkemungkinan besar masih berada di dalam kontrak ataupun membuat keputusan dengan peguam masing-masing.
Ahli-ahli pengasas Vshojo keluar tanda solidariti
Ahli asal Vshojo iaitu Projekt Melody, Apricot dan Hime Hajime telah mengeluarkan kenyataan masing-masing menunjukkan solidariti mereka menyokong Ironmouse.
Projekt Melody mengatakan dia sedih dengan perkara ini dan akan meninggalkan Vshojo.
I waited to make a statement, cuz I’m always anxious & struggle to find my words.
But, yes, i’m leaving vshojo.
I was an OG talent, put my everything into this comp. But I’m beyond devastated at what happened. & I never in a million years thought I’d be saying these words. 💔
— Projekt Melody 🍆💦🥯 (@ProjektMelody) July 22, 2025
Dia juga mengatakan dia adalah salah seorang ahli terawal VShojo dan telah berpenat-lelah meningkatkan prestasi Vshojo.
Apricot atau nama panggilan Froot juga mengatakan dia akan berhenti dari Vshojo. Dia juga masih dalam perbincangan untuk tindakan undang-undang. Dia masih tidak membuat kenyataan rasmi di X.
Hime Hajime juga mengesahkan dia telah meninggalkan Vshojo dan meneruskan aktiviti streaming tanpa berada di bawah agensi.
VTuber Solo debut juga berhenti daripada Vshojo
AmaLee juga mengumumkan dia meninggalkan Vshojo 6 bulan selepas menyertai Vshojo.
“Tiada apa yang akan bertukar, saya telah menjadi indie selapa 18 tahun sebelum Vshojo dan mengekalkan IP saya,” ujarnya di X.
As of today I will be terminating my contract with VShojo effective immediately and I will be returning to being an independent VTuber and content creator. Nothing about my content will change, as I was indie for 18 years before signing with VShojo, and I retain my IP. My love…
— AmaLee 🦋 M̶̱̍ö̷̧́n̶̝͋a̷͔̓r̷̝̓c̶̼̈́h̸͕̀ (@LeeandLie) July 22, 2025
Haruka Karibu dan juga KURO juga mengumumkan mereka telah keluar dari Vshojo.
KURO satu-satunya VTuber lelaki yang menyertai di Vshojo baru sahaja meninggalkan Vshojo 11 hari sebelum semua kontroversi ini berlaku.
I’ve left Vshojo. It was in the works for a little bit, but it has escalated due to the recent news. I’m officially indie as of today. When I’ve processed everything, I’ll express my feelings better.
Please give all my friends support and love.
— Haruka Karibu 🍀 (@haruka_karibu) July 23, 2025
i didnt want to say anything until its finalized but since people keep making assumptions, no i am not staying here ive already submitted a leave contract and had that meeting 11 days ago
the only reason i still have the vshojo brand logo on here still is because they have to…— KURO ☠️❤️🩹🫃 (@K9_KURO) July 22, 2025
Kson salah satu ahli Vshojo yang terkenal juga telah meninggalkan Vshojo Japan. Dia telah membuat satu stream secara langsung dan terus menelefon Ketua Pegawai Esekutif VShojo Japan dengan nama Makino-san.
Kson mengatakan dia tidak dibayar dari Vshojo sejak September 2024 lagi. Ketua Pegawai Esekutif VShojo Japan mengatakan cawangan mereka dalam ‘keadaan’ yang baik tetapi Kson tetap memaksa mereka untuk membayar kesemua hutang yang ada.
Malah ahli-ahli Vshojo NOVA dari Jepun juga keluar daripada Vshojo. Ahli seperti Akatsuki Hotaru, Hestia Happiness, Yutori Peke dan Okamoto Nagi juga mengeluarkan kenyataan masing-masing di X (Twitter).
Siliconera telah membuat senarai kesemua Vtuber yang telah meninggalkan VShojo.
Apa yang terjadi sejak kontroversi ini?
Vshojo masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini.
Sebaliknya ramai peminat terus memberi perhatian untuk tabung amal yang dibuat oleh Ironmouse yang kini telah mencecah lebih AS$ 1.13 juta (RM 4.76 juta) setakat ini dan kian meningkat lagi. Tabung amal tersebut adalah untuk Immune Deficiency Foundation (IDF) yang dihoskan di Tiltify.
Ramai pencipta kandungan besar memberikan sumbangan seperti Vtubers Doki, Shylily, Mint Fantome, Jacksepticye dan Trickywi. Malah terdapat juga beberapa organisasi lain yang turut memberi sumbangan seperti VGen, Vtube Studio dan JAST.
IDF sendiri telah membuat satu ciapan di X terkejut dengan jumlah yang mereka dapat apabila berjaya mencecah AS$ 1 juta.
I’m not crying, you’re crying. pic.twitter.com/xGjInJPZoD
— Immune Deficiency Foundation (@immunedeficienC) July 23, 2025
Akaun rasmi Vshojo di X kini tidak lagi mempunyai affiliates dan telah dibuang oleh mereka.
Dalam industri VTuber, kepercayaan orang ramai sangat-sangat diambil berat. Sebelum ini VShojo sentiasa dianggap sebagai salah satu agensi VTuber yang paling “baik” namun itu semua hanya tanggapan sahaja.
Ironmouse yang telah menjadi tunjang dan muka buat Vshojo telah dibuat sebegini oleh organisasi tersebut.
Vshojo mungkin menghadapi masalah penyelewengan wang atau rasuah dalam jangka masa panjang sejak pertubuhannya lagi. Ramai orang masih menunggu kes mahkamah yang sudah semestinya akan berlaku tidak lama lagi.

setahun yang lepas