Johny Storm atau The Human Torch akan hadir ke Marvel Rivals.
Foto: Marvel Rivals
Dia adalah DPS seterusnya untuk Marvel Rivals dengan keupayaan api dan terbang di dalam peta.
Human Torch boleh dikatakan adalah Storm dengan kuasa api.
Ini adalah skill Human Torch:
- Fire Cluster – Human Torch akan terus menembak bebola api ke hadapan.
- Blazing Blast – Satu fireball akan keluar untuk membuat damage atau membuat Flame Field di dalam satu kawasan yang akan terbakar dan juga membuat damage ke musuh.
- Flaming Meteor – Human Torch akan melompat ke tanah, sekaligus membuat damage dan meletupkan Flame Fields yang terkena serangan ini.
- Pyro Prison – Apabila 2 atau lebih Flame Fields wujud, anda boleh menyambungkan api-api ini untuk membuat satu fire wall. Satu damage besar akan dibuat sekali, musuh akan terkena damage apabila terkena firewall atau damage ketika berada didalam AOE Fire Wall ini.
- Plasma Body – Tekan LSHIFT untuk terbang secara pantas.
- Supernova (Ultimate) – Dengan kuasa kosmik, Human Torch akan meledakkan api dalam satu kawasan dan masuk ke mod Supernova. Ketika dalam Supernova, Blazing Blast akan bertukar menjadi Flame Tornado. Plasma Body boleh digunakan tanpa kos.
Team-up Abilities
Human Torch mempunyai dua team-up iaitu:
- Omega Fire – Apabila Human Torch mengaktifkan Supernova, Storm boleh membuat Omega Firenya sendiri ketika menggunakan Omega Hurricane. Kuasa ini juga boleh diaktifkan oleh Human Torch sendiri ketika Storm menggunakan Ultimatenya.
- United Siblings – The Invisible Woman akan memberi Human Torch damage resistance. Apabila diaktifkan dia akan medapat Bonus Health mengikut jumlah Health yang hilang dalam waktu yang singkat.
The Human Torch akan hadir ke Marvel Rivals pada 21 Februari ini selepas kemas kini 1.5!

setahun yang lepas