Permainan mudah alih genre Otome, Love and Deepspace dari Infold Games kini melancarkan banner musim bunga iaitu “Spring and Flowers” bermula hari ini hingga 18 Mei ini.
Antara intipati banner baru ini adalah permainan mini interaktif yang dimuatkan, pakaian baru, kad memori masa terhad bertaraf lima bintang dan pelbagai aksesori serta prop photoshoot yang ditambahkan ke dalam permainan.
View this post on Instagram
Bagi peminat Sylus, Caleb, Rafayel, Xavier dan Zayne, banner baru ini menawarkan kad memori masa terhad lima bintang yang memaparkan mereka berinteraksi dengan anda (MC) di taman indah.
View this post on Instagram
Banner ini turut menawarkan Deepspace Wish percuma, dan points yang boleh didapatkan apabila anda menyelesaikan tugasan dalam permainan interaktif mini itu. Mata kemudian boleh ditebus untuk pelbagai barangan dan Deepspace Wish masa terhad di shop.
Anda juga boleh membelikan pakaian bertemakan musim bunga untuk MC dengan harga 300 Crystals di mana diskaun itu adalah untuk selamanya.
Mereka juga memperkenalkan ciri baharu antaranya tema profil yang lebih cantik berserta efek apabila menyentuh skrin.
Juga terdapat peningkatan affinity bagi setiap love interest dan acara 10 Days With You untuk menebus kad memori Xavier menyarungkan kostum angkasawan.

setahun yang lepas