Seorang juruanimasi yang bekerja menganimasikan Blue Lock Musim ke-2 mengeluarkan beberapa kenyataan mengenai kualiti anime Blue Lock yang sangat teruk untuk musim ini.
Dalam videonya di TikTok, Martin Reyes mengatakan dia telah diberikan kerja untuk membuat lima episod bagi anime bola sepak ini.
Dia juga mengatakan terdapat beberapa masalah ketika projek ini berlangsung.
Blue Lock Musim ke-2 kali ini sangat teruk sehingga dibandingkan dengan penyampaian PowerPoint.
“Saya telah bekerja untuk episod kedua Blue Lock, dan saya boleh beritahu anda mengapa animasi sangat teruk,” ujar Reyes.
Video tersebut sebenarnya dalam bahasa sepanyol tetapi telah diterjemahkan oleh ComicBook.com.
@martinkiings Lamentable resultado🥱🙇♂️ Creo que me falto agregar que aunque hubiesemos intentado llevar la animación mas lejos, el director eliminaria la mayor cantidad de frames posible para poder llegar a tiempo a la entrega, el resultado? El mismo que se vio en el episodio… #bluelock #sakuga ♬ sonido original – MartinKiings
“Beberapa bulan lepas, saya mula bekerja untuk Blue Lock Musim ke-2. Saya bukan sahaja bekerja untuk membuat bukan satu bukan dua atau tiga tetapi LIMA episod. Saya mula bekerja membuat episod dua dan terpaksa membuat lebih 20 cuts dari awal sehingga habis.” ujar Reyes dalam videonya.
Hal ini membuatkan kerja yang sangat banyak dalam masa yang sangat singkat sehingga apa yang dikeluarkan tidak memuaskan.
“Kami sudah berusaha sehabis boleh. Banyak animasi saya dibuang dari edit terakhir. Boleh dikatakan, pergerakan animasi telah dibuang. Saya tidak menyalahkan sesiapa yang membuat pemotongan ini. Mereka sudah semestinya membuat sebaik mungkin dengan masa terhad yang telah diberikan.”
“Setelah menyiapkan episod 2, saya membuat keputusan untuk menarik diri. Seperti dijangka episod-episod seterusnya juga teruk. Saya juga tidak dapat berbangga dengan kerja yang saya telah buat,” tambahnya lagi.
Kontroversi animasi Blue Lock ini terjadi selepas adaptasi anime seram Uzumaki yang juga mempunyai kualiti animasi yang sangat teruk melainkan episod 1.

setahun yang lepas