Kolaborasi kedua Captain Tsubasa x eFootball kini boleh dimainkan sehingga 20 Februari

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Konami Digital memperkenalkan kolaborasi kedua Captain Tsubasa x eFootball yang boleh dimainkan sehingga 20 Februari ini.

Kemas kini terbaru ini membawakan pelbagai ganjaran log masuk menarik, termasuk kad edisi khas yang diilustrasikan oleh pencipta Captain Tsubasa, Yoichi Takahashi. Pemain kini boleh mendapatkan kad istimewa Neymar Jr. dan Lionel Messi dalam gaya seni ikonik siri legenda ini.

Selain itu, kad epik crossover yang menggabungkan watak Captain Tsubasa dengan pemain legenda bola sepak dunia turut tersedia. Antara kombinasi menarik yang boleh dimiliki:
– Michel Platini x Elle Sid Pierre
– Eric Cantona x Louis Napoleon
– Diego Forlán x Ramon Victorino

eFootball™ Championship 2025 Kini Bermula!

KONAMI juga melancarkan pusingan kelayakan dalam permainan untuk eFootball™ Championship 2025 Open. Kejohanan ini merupakan pentas permulaan menuju pertandingan eFootball™ Championship 2025, yang sebelum ini menarik hampir 40 juta peserta dari seluruh dunia.

Pemain yang berjaya melepasi pusingan Open akan berpeluang bersaing dalam eFootball™ Championship 2025 World Finals, yang dijadualkan berlangsung pada musim panas 2025.

Pusingan 1: 30 Januari – 6 Februari (sebahagian daripada Challenge Event)

Ganjaran Eksklusif Sempena Kempen Dalam Permainan
– Pemain yang log masuk akan menerima Item Selector, yang boleh digunakan untuk menebus tiga program latihan dalam permainan
– Berpeluang memperoleh 40,000 GP, 2 Skill Training Program, 1 Random Booster Token, dan 2 Position Training Item melalui PVP dan Challenge Event
– Sepanjang Pusingan 1, pemain juga boleh meraih ganjaran tambahan seperti 100 eFootball™ Coins, 1,000 eFootball™ Points, dan 100,000 GP bergantung pada jumlah mata yang dikumpul.

RELATED NEWS

+